Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1519 articles
Browse latest View live

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2016

$
0
0
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2016/ 1437H. Umat Islam di Singapura seperti di Malaysia bakal mengerjakan ibadah puasa mulai 1 Ramadhan 1437H pada 6 Jun 2016 (Isnin). Sehubungan dengan itu, berikut disertakan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 bagi Singapura bagi Bulan Ramadhan 1437 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

singapura 2016 jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak

Dikongsikan juga beberapa informasi penting untuk panduan umat Islam semasa bulan Ramadhan yang mulia :-

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2016

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak di seluruh Singapura untuk tahun 2016/ 1437H (Imsakiah Ramadan):-
singapura 2016 jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak
  • Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani.
    Latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampaui batas.
  • Ramadhan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini. 
  • Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini.  

Umat Islam boleh memuat turun (download) jadual berbula puasa dan Imsak di Singapura tahun 2016 ini dalam PDF di Imsakiah Ramadan 2016.

Sumber : MUIS.

Tarikh Sambutan Hari Bapa 2016 Di Malaysia

$
0
0
Tarikh Sambutan Hari Bapa 2016 Di Malaysia.Seorang ayah atau ada yang menyebut sebagai bapa, abah, bak, abi, daddy dan sebagainya adalah seorang lelaki dan merupakan pasangan kepada ibu yang melahirkan seseorang. Berbakti kepada ibubapa adalah wajib dan patut dilaksanakan sepanjang tahun dan bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, masyarakat moden hari ini menyambut hari-hari tertentu untuk memberikan penghormatan atas jasa-jasa individu atau kelompok tertentu. Dalam kontek ayah, biasanya kita akan menyambut Hari Bapa 2016

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!

Tarikh Hari Bapa 2016

Maka lahirlah sambutan hari tertentu seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Hari Jururawat dan lain-lain. Tarikh Sambutan Hari Bapa 2016 di Malaysia kali ini jatuh pada minggu ketiga bulan Jun. Walau bagaimanpun tarikh hari bapa di setiap negara adalah berbeza sama sekali. Bagi negara kita Malaysia, hari bapa  akan jatuh pada 19Jun 2016 (Ahad).

Hari bapa 2016
  • Lihat Koleksi Ucapan Hari Bapa di SINI

Sambutan Hari Bapa sentiasa mengundang perbahasan umat Islam tentang hukum menyambutnya.  Soal jawab agama di bawah ini moga dapat membantu kita memahami batas agama dalam menyambut Hari Bapa.

Hukum Menyambut Hari Bapa

Soalan

salam saya ada trbaca satu artikel yang menyatakan bahawa sambutan hari ibu itu adalah berasal dari kaum yahudi dan adakah ianya benar ? Apakah hukumnya menyambut hari ibu? bagaimana pula sambutan hari bapa ? saya agak keliru dengan penyataan tersebut.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai kenyataan yang terdapat di dalam artikel tersebut, Panel masih tidak dapat untuk mengesahkannya. Walau bagaimanapun, di dalam persoalan sambutan hari ibu dan hari bapa ini, masyarakat Islam adalah diharuskan untuk menyambutnya dengan syarat perayaan atau sambutan tersebut tidak dikaitkan dengan mana-mana ajaran daripada mana-mana agama yang lain.

Matlamat atau objektif sambutan hari tersebut juga perlu ditentukan adalah untuk melahirkan rasa sayang, cinta dan kasih serta penghormatan seorang anak kepada ibu dan ayahnya dan tidak lebih daripada itu.


Sebagai kesimpulannya, sambutan hari ibu dan hari bapa boleh disambut oleh orang Islam sekiranya ia disambut semata-mata untuk mengenang segala jasa, budi dan pengorbanan yang telah mereka curahkan dan seterusnya dapat menambahkan lagi rasa sayang, cinta dan kasih kepada mereka.

Selain itu, di dalam menyambut hari ibu dan hari bapa ini masyarakat Islam perlu membuat perubahan agar ia lebih jelas tidak mengikuti mana-mana ajaran atau budaya agama ataupun kaum bukan Islam yang lain dengan menyambut hari tersebut pada setiap bulan bersama-sama semua ahli keluarga dan bukannya hanya sekali dalam satu tahun.

Selain itu juga adalah dicadangkan agar kedua-dua hari tersebut (Hari Ibu dan Hari Bapa) disambut serentak pada satu hari. Hal ini akan membezakan lagi sambutan tersebut dengan sambutan yang disambut oleh agama ataupun kaum yang lain. Dalam hal ini, permuafakatan dan persetujuan bersama sesama ahli keluarga amat diperlukan untuk menentukan dan memilih hari yang bersesuaian bagi keluarga tersebut.

Dengan cara ini, masyarakat Islam akan kelihatan mampu untuk berdiri dengan identitynya yang tersendiri (tidak mengikut cara orang lain) dan dapat membebaskan diri daripada pengaruh unsur-unsur dan budaya barat. Akhirnya, umat Islam dapat mencorakkan kehidupan mereka berasaskan warna dan gubahan yang telah dilakarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran dan hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Mengenai pengisian aktiviti pada majlis sambutan hari tersebut pula, Panel mencadangkan agar sambutan tersebut diisi dengan beberapa program seperti solat berjema’ah, bacaan Al-Quran, terjemahan ayat yang dibaca, bacaan doa, tazkirah dan jamuan makan bersama-sama ahli keluarga.

Apabila agenda seperti ini dapat dilakukan berulang kali, nescaya hubungan sesama ahli keluarga akan dapat ditambah eratkan lagi. Apatah lagi jika bersama-sama memasak juadah dan minuman untuk sajian pada majlis tersebut. Semoga dengan usaha tersebut akan terlahirlah sebuah keluarga yang bahagia, mesra dan seterusnya sambutan hari tersebut dapat menambahkan lagi rasa syang dan cinta kepada ibu, ayah dan keluarga. Wallahu 'alam.

Selamat hari bapa diucapkan kepada semua kaum lelaki yang bergelar sebagai seorang ayah.

Rujukan - <Islam Grid>

Drama Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3

$
0
0
Lagu OST Dan Sinopsis Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3. Sebuah lagi drama adaptasi novel bertajuk Seindah Takdir Cinta akan mengisi Slot Akasia TV3 selepas berakhirnya drama Duda Terlajak Laris. Drama Seindah Takdir Cinta, drama istimewa Ramadhan ini akan mula ditayangkan di TV3 bermula hari Rabu, 25 Jun 2016 dengan pelakon utama adalah Amyra Rosli dan Syarul Ridzwan. Pengarah drama adalah Zul Huzaimi dan di bawah terbitan produksi Zeel Production Sdn Bhd. Lagu tema OST adalah "Takdir Cinta" nyanyian Fauziah Latiff ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya.

lagu ost dan sinopsis Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3

Drama Seindah Takdir Cinta

Berikut dikongsikan informasi ringkas mengenai drama Seindah Takdir Cinta :-
  • Tarikh mula siaran : Rabu, 25 Mei 2016
  • Slot : Akasia TV3 (Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 6.58 petang)
  • Jumlah : 28 Episod
  • Tajuk Novel : Seindah Takdir Cinta
  • Terbitan : Buku Prima
  • Novelis : Kamsiah Abu 
  • Lagu OST : Nyanyian Fauziah Latiff (Takdir Cinta : akan dikemaskini)

Senarai Pelakon

  1. Amyra Rosli : Mia Karmila
  2. Syarul Ridzwan : Shahriman
  3. Redza Rosli : Adrian
  4. Azri Iskandar : Dato' Kamal
  5. Mahmud Ali Basha
  6. Amai Kamaruddin : Fendi
  7. Ifa Raziah : Datin Mariam
  8. Mubarak Majid
  9. Lydiawati
  10. Rudy Imran

Sinopsis Drama Seindah Takdir

Drama ini mengisahkan tentang Mia Karmila (Amyra) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan. Pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman atau Aiman (Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.

Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati Islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza), macho dan masih muda tetapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berfoya-foya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila.

Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, untuk memiliki Mia walaupun dengan cara paksaan.

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada bersama? Dapatkah mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka? Sumber

Nantikan kesudahan drama menarik ini dan saksikan Drama Seindah Takdir Cinta Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis.

Borang Pendaftaran MUET November 2016 Online

$
0
0
Borang Pendaftaran MUET Sesi November 2016 online.Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2016 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pendaftaran MUET sesi November 2016akan di buka pada 3 Jun 2016. Calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET Sesi November 2016 adalah dinasihatkan untuk mendaftar awal secara online kerana permohonan daftar yang lewat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Tarikh tutup pendaftaran pula adalah pada 3 Ogos 2016

Kalendar peperiksaan MUET 2016

Borang Pendaftaran MUET Sesi November 2016 Online

Merujuk kepada Kalendar Peperiksaan MUET 2016 MPM diatas, tarikh pendaftaran MUET sesi November 2016 adalah seperti tarikh yang dinyatakan seperti berikut:-

  • Tarikh pendaftaran di buka : 3 Jun 2016
  • Tarikh tutup pendaftaran : 3 Ogos 2016
  • Tarikh Ujian Speaking : 11, 12, 13, 17, 18 & 19 Oktober 2016
  • Tarikh Ujian Bertulis : 5 November 2016 

Daftar MUET Online

Pemohon yang ingin menduduki peperiksaan MUET sesi November 2016 boleh mengisi Borang Pendaftaran MUET 2016 Sesi November Online di laman sesawang MPM seperti informasi berikut :-

PERINGATAN :  Calon dinasihati agar membeli dahulu nombor pin dari cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum mendaftar sebagai pengguna portal.
Pelajar yang ingin lulus cemerlang dalam Peperiksaan MUET yang bakal dihadapi, pelajar disarankan untuk membeli e-book panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! Semoga berjaya

Selamat menduduki peperiksaan MUET samada baru atau memperbaiki keputusan disamping memenuhi syarat UA/ IPTA dari segi permohonan ataupun graduasi. Semoga anada berjaya.

Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa

$
0
0
Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa. Cara niat puasa Ramadhan. Umat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan puasa setiap tahun iaitu di bulan ke sembilan dalam Kalendar Islam iaitu Bulan Ramadhan. Tarikh mula puasa di Malaysia pada tahun 2016/ 1437H adalah dijangka pada 6 Jun 2016 menurut Kalendar Islam 2016. Sebagai panduan, berikut dikongsikan cara lafaz niat puasa Ramadhan dan doa berbuka puasa termasuk dalam bacaan rumi.

Niat Puasa dalam rumi

Bagi mereka yang ingin mengada puasa, anda boleh merujuk panduan dan cara niat puasa ganti di Qada Puasa. Anda juga boleh merujuk Kalendar Puasa Sunat dan Wajib 2016.

Niat Puasa Ramadhan Dalam Rumi

Firman Allah S.W.T:  
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Lafaz Niat 

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
  • Niat Puasa Ramadhan dan Niat Puasa sebulan

 niat puasa dalam rumi 
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa berbuka puasa

rumi

Lafaz Doa Selepas Berbuka Puasa


doa selepas berbuka
Doa Selepas Berbuka Puasa

SUMBER Madrasah Nadhah Hasanah & Shafiqolbu


Semoga Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa ini bermanfaat buat semua.

Permohonan Dan Semakan Kolej Vokasional Di ILKS Jun 2016 Online

$
0
0
Permohonan Dan Semakan Keputusan Kolej Vokasional Di ILKS Sesi Jun 2016 Online. Anda berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) and masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi KPM yang memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM (yang menjurus kepada program Kolej Vokasional) di ILKS sesi ambilan Jun 2016.

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016

Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016 

Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016. Permohonan hendaklah dibuat secara online.
  • Tarikh Buka : 2 Mei 2016
  • Tarikh Tutup : 12 Mei 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik SPTV

Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-

Syarat Umum

  1. Calon adalah seorang Warganegara Malaysia
  2. Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  3. Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  4. Calon mestilah sihat tubuh badan
  5. Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali
  6. Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA
  7. Calon bebas daripada masalah mental, dan
  8. Calon berminat dengan program yang dipohon

Syarat Khusus

  1. Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3), dan
  2. Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS :-
NEGERILOKASI/ TEMPATCARA HUBUNGIKURSUS YANG DITAWARKAN
SELANGOREnter Corridor Training Centre, Wisma Enter Coridor, No.30, Jalan Klang Sentral 11/KU5, Klang Sentral Bukit Raja, 41050 Klang, SELANGOR Klang Selangor 4105003-33449830Teknologi Mekatronk (Robotik)
Septronic Skills Training Centre, CH - 6, Apt. Buginvilla, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, SELANGOR Rawang Selangor03-60215993 Collision Repair Reengineering Technician
KRU Academy Sdn. Bhd, Persiaran Cyber Point Selatan, Cyber 8 Cyberjaya 63000 Selangor03-8319 3888 Kesan Khas Visual & Animasi 2D
SARAWAKPPKS Ilmu Sdn. Bhd.Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93050 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93050082-364198Penjanaan Kuasa Elektrik
JT Akademi Sdn. Bhd.No.51, Lot 918, Section 54, KTLD Peace Road, 93450 Kuching, SARAWAK Kuching Sarawak 93450082-370078Subsea Welding Technology dan Oil & Gas Welding Technology
KELANTANAkademi APFT Maintenance Training. Terminal Lama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, KELANTAN09-7798801Aviation (Ground Handling - Ramp Services)
TERENGGANURanaco Marine Sdn. Bhd. Lot 4538, Kawasan Perindustrian Jakar II Kemaman Terengganu 2400009-8593800Pengajian Nautikal, Teknologi Marin dan Kejuruteraan Kapal

Semakan Keputusan Kolej Vokasional ILKS Online

Dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional KPM di Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Ambilan Jun 2016 boleh disemak bermula 6 Jun 2016 hingga 12 Jun 2016. 

Cara Hubungi

Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.

Selamat membuat Permohonan ILKS Sesi Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2016

$
0
0
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2016/ 1437H. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi negeri Selangor Darul Ehsan Malaysia bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telahdikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Umat Islam di Malaysia akan menjalankan ibadah puasa pada 1 Ramadhan 1437H bersamaan dengan 6 Jun 2016 (Isnin).

Waktu Berbuka Puasa Selangor 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Selangor 2016

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Selangor mengikut zon/ kawasan :- 

Zon 1 : Gombak, Petaling/ Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat & Sepang

zon 1 selangor

 Zon 2 : Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor & Sabak Bernam

zon 2 selangor
Sumber : JAKIM

Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Selangor ini boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Perlis

$
0
0
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Perlis. Umat Islam akan menunaikan puasa apabila Awal puasa 1 Ramadhan 1437H Malaysia akan jatuh pada 6 Jun 2016 (Isnin). Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perlis bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Perlis

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Perlis 2016

Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Negeri Perlis bagi tahun Hijrah 1437.
Waktu Berbuka Puasa 2016 Perlis

Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

    Sumber : JAKIM

    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Perlis ini boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016. Selamat berpuasa.

    Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 Terengganu

    $
    0
    0
    Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Terengganu 2016/ 1437H. Awal puasa 1 Ramadhan 1437H akan disambut di Malaysia pada 6 Jun 2016 (Isnin). Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Terengganu bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

    Waktu Buka Puasa Dan Imsak 2016 Terengganu
     

    Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

    Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Terengganu 2016

    Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Terengganu mengikut zon :-
    •  Zon 1 - Kuala Terengganu dan Marang

    zon kuala terengganu dan marang
    •  Zon 2 - Besut dan Setiu

    zon besut dan setiu

    •  Zon 3 - Hulu Terengganu

    zon hulu terengganu

    •  Zon 4 - Kemaman dan Dungun

    zon kemaman dan dungun
    Sumber : JAKIM

    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Terengganu ini boleh dijadikan panduan buat umat Islam dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016.

    Pulau Pinang Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016

    $
    0
    0
    Pulau Pinang Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016/ 1437H. 1 Ramadhan 1437H akan disambut pada 6 Jun 2016 (Isnin). Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 bagi seluruh Negeri Pulau Pinang bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). 



    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Pulau Pinang

    Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Pulau Pinang

    Berikut adalah Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 untuk seluruh Negeri Pulau Pinang seperti jadual yang disertakan di bawah ini.Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-


    Sumber : JAKIM


    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Pulau Pinang ini boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016.

    Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2016

    $
    0
    0
    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2016/ 1437H.1 Ramadhan 1437H akan disambut pada 6 Jun 2016 (Isnin). Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 bagi seluruh Negeri Kedah bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). 
    jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2016

    Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-



    Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Kedah

    Zon 1 - Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena

    kedah zon 1

     Zon 2 - Pendang, Kuala Muda Dan Yan

    kedah zon 2

     Zon 3 - Padang Terap Dan Sik

    kedah zon 3

     Zon 4 - Baling

    kedah zon 4

     Zon 5 - Kulim Dan Bandar Baharu

    kedah zon 5

     Zon 6 - Langkawi

    kedah zon 6

      Zon 7 - Puncak Gunung Jerai

    kedah zon 7
    Sumber : JAKIM
    Selamat berpuasa buat semua umat Islam di Malaysia. Kepada penduduk Negeri Kedah, sila rujuk Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Kedah di atas ini sebagai panduan semasa bulan Ramadhan.

    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Sarawak 2016

    $
    0
    0
    Sarawak 2016 Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak. Umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah Puasa Ramadhan pada hari Isnin, 6 Jun 2016. Berikut disertakan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Sarawak 2016 untuk tahun 1437 Hijrah. Jadual rasmi ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

    sarawak 2016 Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak

    Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
    “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

    Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

    Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Sarawak 2016

    Berikut dikongsikan jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2016 untuk seluruh daerah/ kawasan di Sarawak yang dibahagikan kepada 9 zon seperti berikut :-

    ZON 1- LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS 

    zon 1 sarawak


    ZON 2- NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI DAN MARUDI 

    zon 2 sarawak


    ZON 3-TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU

    zon 3 sarawak

    ZON 4-IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT DAN SONG

    zon 4 sarawak


    ZON 5- TANJUNG MANIS, BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN RAJANG

    zon 5 sarawak


    ZON 6- KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK

    zon 6 sarawak


    ZON 7- SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM

    zon 7 sarawak


    ZON 8- KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

    zon 8 sarawak


    ZON KHAS

    zon khas sarawak
    SUMBER : JAKIM

    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Sarawak ini boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016 nanti.

    Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Negeri Sembilan

    $
    0
    0
    Negeri Sembilan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2015 1436H. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Negeri Sembilan bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah.Bulan ramadhan yang mulia akan kembali menemui umat Islam di Malaysia pada 1 Ramadhan 1437H bersamaan dengan 6 Jun 2016 (Isnin). Sebagai panduan, Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). 


    Jadual Berbuka Puasa 2016 Negeri Sembilan

    Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Negeri Sembilan

    Berikut adalah Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 Negeri Sembilan yang dibahagikan kepada 2 zon seperti berikut :-

    Zon 1 - Tampin dan Jempol


    zon 1 negeri sembilan

    Zon 2 -  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau Dan Jelebu


    zon 2 negeri sembilan
    Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-

    Sumber : JAKIM
    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016Negeri Sembilan boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016.

    Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2016

    $
    0
    0
    Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Perak 2016/ 1437H. Awal puasa 1 Ramadhan 1437H akan jatuh pada 6 Jun 2016 (Isnin). Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Malaysia bagi Bulan Ramadhan tahun 2016/ 1437 Hijrah. Jadual ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).

    waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Perak 2016

    Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2016 Perak

    Berikut adalah Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 untuk seluruh Negeri Perak yang dibahagikan kepada beberapa zon seperti jadual yang disertakan di bawah ini.

    Zon 1 - Tapah, Slim River dan Tanjung Malim

    perak zon 1

      Zon 2 - Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput & Kuala Kangsar

    perak zon 2

     Zon 3 - Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong

    perak zon 3

      Zon 4 - Temengor dan Belum

    perak zon 4

    Zon 5 - Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan & Pulau Pangkor

    perak zon 5

     Zon 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai & Parit Buntar

    perak zon 6

     Zon 7 -Bukit Larut

    Perak zon 7

    Sumber : JAKIM

    Dikongsikan juga maklumat penting lain semasa bulan Ramadhan seperti berikut:-
     
    Semoga Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2016 seluruh Negeri Perak ini boleh dijadikan panduan dalam mengetahui waktu berbuka dan Imsak semasa bulan Ramadhan 2016.

    Harga Minyak Jun 2016 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

    $
    0
    0
    Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Jun 2016. Umum sedia maklum yang Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Jun 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Mei. Di bawah sistem apungan terurus yang diperkenalkan, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.


    Harga terkini Minyak Jun 2016

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

    Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Jun 2016

    * Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Jun 2016 (Rabu), harga runcit petrol dan diesel bagi bulan JUN 2016 adalah seperti berikut:


    • RON95 : * Akan dikemaskini (RM1.70 seliter)
    • RON97 : * Akan dikemaskini (RM2.05 seliter)
    • DIESEL : * Akan dikemaksini (RM1.55 seliter)
    • Harga bulan Mei 2016 dalam kurungan (  ) 

    Harga Petrol Dan Diesel Dari Disember 2014 Hingga Kini 

    Berikut dikongsikan jadual harga minyak petrol dan diesel dari tarikh mula pelaksanaan apungan terurus sehingga bulan Mei 2016 :- 
    BulanHarga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
    Mei 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
    April 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
    Mac 2016* 1.60* 1.95 termasuk 6% GST* 1.35
    Februari 2016* 1.75* 2.05 termasuk 6% GST* 1.35
    Januari 2016* 1.85* 2.25 termasuk 6% GST* 1.6
    Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
    November 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
    Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
    15-Sep1.952.35 termasuk 6% GST1.8
    Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
    Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
    Jun 20152.052.35 termasuk 6% GST2.05
    Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
    April 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
    Mac 20151.952.251.95
    Februari 20151.721.7
    Januari 20151.912.111.93
    Disember 20142.262.462.23

    Diharapkan agar harga minyak petrol dan diesel untuk bulan Jun 2016 berada dalam lingkungan harga yang sama dan berpatutan menjelang Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

    Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia

    $
    0
    0
    Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia. Berapakah kadar bayaran zakat fitrah tahun ini? Zakat Fitrah atau dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

    Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016

    Hukum Mengeluarkan Zakat Fitrah

    Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

    Jenis Zakat Fitrah

    • Jenis zakat yang dikeluarkan ialah berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras.
    • Kadar yang dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram).
    • Nilai bagi kadar ini adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri.

    Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016

    Berikut adalah Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016 Seluruh Negeri Di Malaysia :-

    NoNegeriTahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)Tahun 2014 (RM)
    1Perlis6.56.5
    2Kedah77
    3Pulau Pinang77
    4Perak77
    5Selangor77
    6Negeri Sembilan6.56.5
    7Melaka6.76.7
    8Johor6.00/8.00*5.00/8.00*5.00/8.00*
    9Pahang77
    10Terengganu7.60 / 7.00 / 4.50*7.40 / 6.80 / 4.60*7.60/7.00/4.50*
    11Kelantan77
    12Sarawak77
    13Sabah777
    14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan77

    * Berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan

    Fadhilat Mengeluarkan Zakat Fitrah

    1. Menampung kekurangan semasa berpuasa.
    Maksudnya : Berkata Waki’ bin al Jarah : Zakat Fitrah di dalam bulan Ramadhan seperti sujud sahwi di dalam solat, menampung kekurangan berpuasa sebagaimana sujud sahwi menampung kekurangan dalam sembahyang.

    2. Membantu fakir dan miskin pada Hari Raya.
    Maksudnya : Daripada Ibn Umar, bersabda Rasulullah s.a.w : Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (Hari Raya).

    Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

    • 1. Islam dan merdeka.
    • 2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
    • 3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

    Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

    • 1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
    • 2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
    • 3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
    • 4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

    Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

    1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

    2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

    3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
    sembahyang sunat Aidil Fitri.

    4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

    5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

    Lafaz Akad Zakat Fitrah

    1. Lafaz untuk diri sendiri:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

    2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

    3. Lafaz bagi pihak:
    Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.


    SUMBER MAIJ

    PRK Kuala Kangsar 2016 P67 Keputusan Dan Senarai Calon

    $
    0
    0
    Keputusan PRK Kuala Kangsar Perak 2016. Umum sedia maklum yang Pilihanraya Kecil Kuala Kangsar 2016 (P67) untuk kerusi Parlimen akan diadakan pada 18 Jun 2016 susulan penyandang kerusi iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang lalu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 Jun 2016 manakala pengundian awal pada 15 Jun.

    • Keputusan PRK Sungai Besar 2016 - Klik P93

    keputusan PRK Kuala Kangsar 2016 P67

    PRK Kuala Kangsar 2016 P67 : Senarai Calon Dan Keputusan

    Berikut dikongsikan sedikit maklumat penting tentang Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Kuala Kangsar 2016 :-
    • Pilihanraya Kecil : PRK Kuala Kangsar 2016 (PRK)
    • Tarikh Penamaan Calon : 5 Jun 2016
    • Pengundian Awal : 15 Jun 2016
    • Tarikh Mengundi : 18 Jun 2016
    • Penyandang : Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
    • Pengundi Berdaftar : 32,632 (312 pengundi awal) 

    Keputusan Pilihanraya 2013

    • Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad : BN–UMNO - 14,218 undi
    • Khalil Idham Lim Abdullah : (PAS) - 13,136 undi
    • Kamilia Ibrahim : Bebas - 447 undi 
    • Majoriti : 1,082 undi

    Senarai Calon PRK Kuala Kangsar 2016

    Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar (Akan dikemaskini semasa penamaan calon)

    Keputusan PRK Kuala Kangsar 2016

    Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, Perak 2016
    (Akan dikemaskini semasa tarikh mengundi) 

    Keputusan Dan Senarai Calon PRK Kuala Kangsar 2016 P67 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

    PRK Sungai Besar 2016 Selangor P93

    $
    0
    0
    Keputusan PRK Sungai Besar 2016 Selangor. Pilihanraya Kecil Sungai Besar Selangor2016 (P93) untuk kerusi Parlimen akan diadakan pada 18 Jun 2016 susulan penyandang kerusi iaitu Datuk Noriah Kasnon telah meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sarawak pada 5 Mei yang lalu. Pada PRU13, VN-UMNO memenangi kerusi P93 ini dengan majoriti tipis ke atas wakil PAS.
    Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 5 Jun 2016 manakala pengundian awal pada 15 Jun. 

    • Keputusan PRK Kuala Kangsar Perak 18 Jun 2016 - Klik P67
     
      keputusan PRK Sungai Besar 2016 Selangor P93

      PRK Sungai Besar 2016 P93 Selangor : Senarai Calon Dan Keputusan

      Berikut dikongsikan sedikit maklumat penting tentang Pilihanraya Kecil (PRK) untuk kawasan Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016 :-
      • Pilihanraya Kecil : PRK Sungai Besar 2016 (P93 Selangor)
      • Tarikh Penamaan Calon : 5 Jun 2016
      • Pengundian Awal : 15 Jun 2016
      • Tarikh Mengundi : 18 Jun 2016
      • Penyandang : Datuk Noriah Kasnon (BN-UMNO)
      • Pengundi Berdaftar : 42,365 (286 pengundi awal) 
      • 67.18% Melayu, Cina 31%, India 1.91% dan Kaum Lain 0.23%

      Keputusan Pilihanraya 2013

      • Datuk Noriah Kasnon : BN–UMNO - 18,695 undi
      • Mohamed Salleh M Husin : (PAS) - 18,296 undi
      • Majoriti : 399 undi

      Senarai Calon PRK Sungai Besar 2016

      Berikut adalah senarai calon yang bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar P93 
      • BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : ADUN Sungai Panjang
      • PAS : Dr Abdul Rani Osman : ADUN Meru
      • Calon lain (Akan dikemaskini semasa penamaan calon)

      Keputusan PRK Sungai Besar 2016 Selangor (P93)

      Berikut adalah keputusan Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor 2016
      • (Akan dikemaskini semasa tarikh mengundi) 

      Keputusan Dan Senarai Calon PRK Sungai Besar 2016 P93 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. 

      Keputusan Juara Final Ceria Popstar 2016 Musim Keempat

      $
      0
      0
      Keputusan Juara Final Ceria Popstar 4 Tahun 2016. Final Ceria Popstar 4 akan berlangsung malam ini, 27 Mei 2016 untuk menentukan siapakah Juara Ceria Popstar 4 tahun 2016 kali ini. Siaran langsung konsert Ceria Popstar 4 malam ini akan bermula pada jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (Saluran 105) dan Maya HD (saluran 135). Konsert kemuncak Ceria Popstar 4 dibawakan khas secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka FINAS.
       
      Senarai empat peserta akhir Konsert Final Ceria Popstar 4 2016 adalah seperti berikut :-

      1. Rezza
      2. Hazmil
      3. Jun
      4. Aniq
      * Senarai peserta Ceria Popstar 2016 klik Ceria Popstar 2016.
      Final Ceria Popstar 4 Tahun 20156
      Siapakah yang akan menjadi juara kali ini?Untuk konsert akhir, sistem pemarkahan adalah berdasarkan 50% oleh juri tetap dan 50% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

      Berikut adalah keputusan rasmi Keputusan Juara Final Ceria Popstar 4 Tahun 2016 :- 

      Ceria Popstar 1 : Hairul & Leen
      Ceria Popstar 2 : Masya
      Ceria Popstar 3 : Dayang
      Ceria Popstar 4 : Jun 
      • Juara Ceria Popstar 4 - Jun : wang tunai RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro
      • Naib juara - Rezza : wang tunai RM15,000 beserta trofi
      • Pemenang tempat ketiga - Aniq : Wang tunai RM10,000 beserta trofi
      • Pemenang tempat keempat - Hazmil : Wang tunai RM5,000 beserta trofi
      • Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius : Jun : Wang Tunai RM3,000 dan trofi

        Tahniah kepada semua finalis dan pemenang Ceria Popstar 2016 Musim Keempat.

        Tempat Makan Best Dan Sedap Di Melaka

        $
        0
        0
        Tempat Makan Best Dan Sedap Di Melaka. Melaka adalah sebuah negeri di selatan Malaysia yang penuh dengan lokasi tempat bersejarah. Melaka merupakan destinasi pilihan ibu bapa dan pelancong untuk bercuti terutama pada cuti sekolah. Disamping terkenal dengan tempat-tempat menarik, Melaka juga terkenal dengan makanan yang best dan sedap seperti Asam Pedas, Ikan Bakar, beriani dan banyak lagi.
         
          Tempat Makan Best Di Melaka

          Senarai Tempat Makan Best Dan Sedap Di Melaka

          Berikut dikongsikan Senarai Tempat Makan best dan sedap di Melaka untuk panduan kepada mereka yang tercari-cari masakan atau makanan semasa bercuti dan sebagainya:-
          * Sila klik link berwarna biru pada setiap tempat untuk ke lokasi

          1. Nasi Beriani

          Restoran Nasi Beriyani Haji Tamby
          No. 69, Jalan PJ1
          Taman Pertam Jaya
          Padang Temu, Melaka

          Majeedia Haj Briyani Ujong Pasir
          Jalan Ujong Pasir
          75000 Malacca, Melaka

          Restoran Bp Beriani Power
          No 1 Jalan Lagenda 1 (Taman 1 Lagenda)
          75400 Bandar Melaka, Melaka

          2. Coconut Shake

          Klebang Original Coconut Milk Shake
          Lot 130, Solok Kampung Bahagia, Klebang Besar (Jalan Klebang Besar)
          75250 Klebang Besar, Melaka
          Malaysia


          Batu Berendam Coconut Shake
          Kg. Sungai Putat (Jalan Batu Berendam)
          75350 Malacca, Melaka
          Malaysia


          Coconut Shake Alai
          Jalan Alai
          75460 Malacca, Melaka

          3. Asam Pedas

          Asam Pedas Kak Su 
          Kg. Jambatan Duyong Melaka

          Asam Pedas Claypot Kota Laksamana
          Taman Kota Laksamana (No. 86, Laksamana 5)
          Malacca, Melaka


          Asam Pedas Selera Kampung
          Mahkota Square (G2)
          75450 Malacca, Melaka


          Hajjah Mona Asam Pedas
          6, Jalan Laksamana (Taman Kota Laksamana)
          75300 Malacca, Melaka


          Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah
          Bkt Katil
          75460 Malacca, Melaka

          4. Ikan Bakar

          Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung
          KM4-5, Jalan Padang Temu
          75460 Permatang Pasir, Melaka


          Medan Ikan Bakar Alai
          Cristal Bay Sungai Punggur (Crystal Bay)
          Melaka


          Medan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru
          Umbai, Kampung Bukit Tembakau, 75460 Melaka


          Medan Ikan Bakar Umbai-Pernu
          Taman Paya Dalam
          75460, Melaka


          Medan Ikan Bakar Parameswara
          Umbai
          75460 Merlimau, Melaka


          Restoran Ikan Bakar Malim

          5. Nasi Lemak

          Nasi Lemak Istimewa Kg Morten
          Tun Mamat 2
          75300, Melaka


          Nasi Lemak Ujong Pasir

          Roti Arang Bachang
          Bachang (Tepi highway)

          6. Lain-Lain Makanan Sedap/ Best

          Tengkera Putu Piring
          No. 252, Jalan Tengkera
          75200 Malacca, Melaka


          Mee Rebus Sentosa
          Off Jalan Hang Tuah 

          Roti Canai Kayu Arang
          Lebuhraya AMJ (Taman Pandan Jaya)


          * Senarai Tempat Makan Best Dan Sedap Di Melaka ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Jika anda ada lokasi tempat makan yang best, sila kongsikan di ruangan komen.
          Viewing all 1519 articles
          Browse latest View live